Jumaat, 25 November 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah.....
Banyak ilmu tentang ICT yang saya dapat bila belajar BMM 3105 ini........
Ilmu yang sangat berguna......
Terima kasih semua pensyarah yang mengajar....

Khamis, 6 Oktober 2011

INGAT-INGATLAH

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya
penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk
sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada
hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya
rahmat daripada Allah Taala

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

Khamis, 29 September 2011

SEKADAR RENUNGAN

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan telefon pasanganku

Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

sekadar renungan kita bersama........

Jumaat, 16 September 2011






MySpace Layouts
MySpaceLayouts


Isnin, 12 September 2011

PERMASALAHAN YANG DIHADAPI DALAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier.everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT,ICT, e, siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. Justeru itu, penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendiidkan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan ICT dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibakan faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.

Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk mebuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya, penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa
Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengaja rberunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.

PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Justeru itu, kajian ini ingin membincangkan permasalahan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa. Perkara-perkara yang menjadi tumpuan dalam kajian yang berkaitan permasalahan pengintegrasian dalam pengajaran bahasa antaranya,

Tahap Kemahiran Guru Dalam Bidang Teknologi Maklumat
Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa,pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya

Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara. Oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT. Oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya dikalangan pelajar.



Penerimaan Guru Terhadap Proses P&P Menggunakan Teknologi Maklumat
Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkhidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubah suai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternative kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa disekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan Tidak Mencukupi
Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian


OBJEKTIF KAJIAN
Pengintegrasian tekonologi maklumat dalam pengajaran bahasa dapat memberi kemudahan bukan sahaja kepada guru malah kepada murid untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih berkesan. Antara objektif kajian ini adalah untuk:

1.1 Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi dalam aspek    pengintegrasian
      teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa.

1.2 Mengenal pasti tahap keberkesanan pengintegrasian tekolologi maklumat  
      Dalam pengajaran bahasa.

1.3 Mengenal pasti pasti langkah-langkah yang sesuai dalam mengatasi
      permasalahan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran
      bahasa di sekolah


KAJIAN LITERATUR
Meskipun keberkesanan pengintegrasian teknologi maklumat atau pun penggunaan komputer dalam pendidikan khasnya dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah masih terlalu awal untuk dinilai namun terdapat beberapa kajian lepas yang membuktikan tentang keberkesanan serta permasalahan yang dihadapi dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa.

Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd. Rodzes Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer DalamPengajaran Bahasa.

Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa:
Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan.

Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan
ancaman Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa.

Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang mendalam tentang keberkesanan pengajaran bahasa berbantukan teknologi maklumat, namun kita percaya bahawa melalui pengintegrasian teknologi, pengajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia serta komputer. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya mengabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baru disamping kaya dengan input bahasa. Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang lebih bersifat satu hala. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi seperti komputer peribadi. Telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.
Antara kesan yang dilihat dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa adalah mampu menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan lagi penggunaan bahasa contohnya bahasa melayu. Ketrampilan sesuatu bahasa di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitarannya. Sebagai contoh, bahasa Melayu. Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan masa depan. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambah lagi perkembangan pesat ICT dan penggunaannya di dalam masyarakat dunia.

Selain itu, melalui teknologi maklumat juga mampu memperkembangkan lagi sesuatu bahasa tersebut contohnya bahasa Melayu. Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa. Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilah-istilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir. Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan diguna pakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa juga mampu memasyarakatkan sesuatu bahasa itu dalam alam siber contohnya bahasa Melayu. Keberkesanan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada antarabangsa dengan menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam alam internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya. Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan men’dotcom’kan bahasa Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat dipersada dunia.

Dari segi aspek pendidikanjuga, menurut kajian yang telah dibuat menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap pengajaran bahasa. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah pula,mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran.

Dari segi permasalahan pula, menurut kajian yang dibuat oleh Yahya Otman, dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan.Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masaperlu diberikan dalam menyediakan bahan. Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran bahasa. Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi.Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidakramai guru yang berbuat demikian.

Kesimpulannya bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi masalah-masalah ini, kami telah membincangkan beberapa cara berdasarkan peranan semua pihak.

PERANAN KERAJAAN
Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri pada masa itu,  Dato’ Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di
kawasan luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.

PERANAN SEKOLAH
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi
tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.

Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya. Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan
kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan.
Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah
dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan
instruksional.Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.


PERANAN GURU
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlakuapabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberipengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu prosesmaklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi inimenunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid(Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagaipenyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sediaada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektifpembelajaran tercapai.

Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialahpembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran.Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem danpembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalampembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, modeltransmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagaipenerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti olehguru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisianyang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalampenyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikansupayamemudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akandiberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentukpengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziranmasa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.

Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu.Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu sertamengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata lain teoriini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalamanpembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melaluipendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikanproses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakanuntuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikanmaklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guruuntuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran inimembolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopediamultimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melaluipengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan mengujihipotesis dalam penyelesaian masalah.

Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaranpenerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehitanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid danmenggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantaupenggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perluuntuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guruperlu memastikan bahawapenggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P sepertimenganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalamperkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaanini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untukmembolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima danberkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audiovideo dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid disamping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakangaris panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaane-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian bolehdijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas.Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir sertakomunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selarasdengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaranyang diharapkan berdasarkan tahap murid.


PERANAN PELAJAR
Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktivit iuntuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri.Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. Pelbagai projek di sediakan dalam muka indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World WideWeb’ seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan-bangunan bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek. Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail  Pelajar dan Cadangan Pelajar.


PERANAN MASYARAKAT
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.


PENUTUP
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa,kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.